Bima Satria Garuda : Kamen Rider Indonesia



Bima Satria Garuda merupakan hasil kerja sama MNC Media di antara Ishimori Productions, pereka siri Kamen Rider yang dibintangi oleh Christian LohoRayhan FebrianStella Cornelia (JKT48), Adhitya Alkatiri, dan Sutan SimatupangBima Satria Garuda sudah ditayangkan di RCTI pada 30 June dan telah menjangkau Episod 3




Kisah Bima Satria Garuda bermula di Dunia Paralel yang dikuasai oleh Kerajaan VUDO dan berada di ambang kehancuran. Dunia Paralel adalah sebuah dunia yang hidup dalam kegelapan abadi, di mana alamnya sudah tidak memiliki elemen sumber kehidupan kerana dirampas dari  kekuasaan Kerajaan VUDO. Rasputin adalah penguasa Kerajaan VUDO yang jahat dan kejam. Dia ingin mencari dunia lain untuk merebut segala sumber alamnya demi menghidupkan Dunia Paralel dan memperluas kekuasaan VUDO. Seorang ilmuwan di Bumi berhasil membuat sebuah portal yang boleh menyambungkan Bumi dan galaksi lain, sehingga VUDO bertemu dengan dunia lain yang boleh dikuasai.

Ray Bramasakti telah mendapat Power Stone Merah dari seorang pemuda yang misteri bernama Mikhail untuk menghentikan segala daya Rasputin dan Kerajaan VUDO untuk mengambil alih Bumi. Dengan mendapatkan Power Stone Merah, Ray mendapat kekuatan untuk berubah  menjadi "Bima", sang Satria Garuda. Randy Iskandar dan adiknya, Rena yang adalah keluarga angkat Ray pun ikut terseret sama dalam setiap aksi Bima melawan kegiatan jahat Rasputin dan Kerajaan VUDO.

Credit - Wikipedia

Digimon World Re:Digitize Decode Diterjemahkan Ke Bahasa Inggeris?



Sempana Ulang Tahun yang ke 15 untuk Digimon,Namco Bandai telah menghasikan pada 19 Julai 2012 "Digimon World Re:Digitize" untuk PSP yang diperbaharui oleh Tri-Crescendo dan diambil ilham dari "Digimon World" pada tahun 1999

Karakter Re:Digitize kali ini dicipta oleh Suzuhito Yasuda, pencipta karakter "Durarara!!" dan "Shin Megami Tensei: Devil Survivor".

Permainan ini tidak pernah dikeluarkan di luar Jepun kerana kekurangan pembeli ketika zaman PSP berada di luar pasaran.

Tetapi Namco Bandai kali ini telah menghasilkan salah satu versi baru untuk console permainan Nintendo 3DS berjaya mendapat sambutan hangat kerana Digimon yang baru,Evolution yang baru,Gameplay yang baru dan Karakter yang baru menghangatkan lagi para pembeli luar antarabangsa termasuk Malaysia untuk membelinya.

Jadi para peminat yang ingin melihat
Digimon World Re:Digitize Decode ini diterjemahkan ke bahasa inggeris sila layari petition dan kempen di bawah untuk membantu agar Digimon World Re ini dapat diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris.

http://www.change.org/petitions/namco-bandai-games-europe-america-localize-digimon-world-re-digitize-decode-for-3ds

https://www.facebook.com/OperationDecode

Madagascar 3 Dialih Bahasa Ke Bahasa Malaysia



Madagascar 3: Europe’s Most Wanted yang telah mendapat sambutan hangat daripada orang ramai bakal menyaksikan alih bahasa ke versi Bahasa Melayu oleh HBO Asia.

Madagascar 3: Europe’s Most Wanted juga bakal ditayangkan di saluran HBO 411 Aidilfitri ini bermula jam 8 malam yang dibintangi oleh Lisa Surihani ,Hafiz Suip, Fahrin Ahmad, Taufik Batisah, Najip Ali, Didie Alias, Nabila Huda dan ramai lagi. 


Menariknya filem animasi Madagascar 3 ini akan ditayangkan serentak di saluran HBO Singapura dan Brunei kerana kehadiran dua bintang Singapura, Taufik dan Najib turut menyerikan filem ini selain kehadiran bintang Brunei, Jazz Hassan. 


Jangan Lupa Saksikan Madagascar 3 di HBO 411

Astro Ceria Bakal Menyiarkan Upin-Ipin Edisi Raya



Astro Ceria Bakal Menyiarkan Upin-Ipin Edisi Raya pada 8 Ogos 2013, pada Hari Raya Pertama pada pukul 1.25 petang dan 6.25 petang setiap hari sebagai salah satu rancangan di Hari Raya nanti.

Upin-Ipin Edisi Raya bakal mengisahkan tentang pengalaman mereka semasa berhari raya dan menyambut bulan puasa Ramadhan Al-Mubarak ini, Jangan lupa untuk tidak melepaskan siri Upin dan Ipin pada Hari Raya nanti

Initial D Akan Diadaptasi Menjadi Filem



Initial D adalah sebuah komik mengisahkan tentang perlumbaan kereta akan ditamatkan minggu hadapan di Young Magazine bakal diadaptasikan sebagai filem animasi untuk menjadi kesinambungan terakhis siri Initial D yang akan dikenali dengan tajuk Initial D : The Final Stage.

Initial D mengisahkan Takumi Fujiwara,seorang remaja berumur 18 tahun yang menguruskan perniagaan tofu dengan membuat perkhidmatan hantaran menggunakan kereta ayahnya Toyota Sprinter Trueno GT-Apex(AE86) yang merupakan bekas pelumba lagenda di dunia yang menguasai perlumbaan kereta haram di Jepun










Hajime No Ippo Akan Kembali Sebagai Animasi Untuk Musim Ketiga



Hasil Karya George Morikawa akan kembali untuk tahun ini dengan animasi tinjunya pada musim ketiga. Animasi ini akan menyambung isu musim kedua iaitu Hajime no Ippo : New Challenger selepas Mamoru Takamura menjadi WBC Junior Middleweight Champion setelah mengalahkan Bryan Hawk.
Untuk isu musim ketiga ini akan menonjolkan perlawanan diantara Ippo Makunouchi danRyuhei Sawamura yang akan mematikan teknik terhebat Ippo yang dikenali sebagai "Dempsey Roll"

Pokemon X dan Y Mempersembahkan Trailer di YouTube



Pokemon X dan Y yang bakal dilancarkan 12 October 2013 di seluruh negara termasuk Malaysia ini telah mengeluarkan sedikit sedutan di Youtube bagi peminat-peminat Pokemon seluruh dunia. Pokemon X dan Y merupakan satu-satunya Pokemon Series yang akan dilancarkan dalam bentuk 3D di platform 3DS.





- Copyright © 2013 Dunia Anima - Ore no Imouto - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -